Friday 21 October 2016

SEJARAH KAMPUNG BUKIT BAYAN MELAKA

        


Kampung Bukit Bayan dibuka pada tahun 1848.
Nama Bukit Bayan diambil  dari sempena Burung Bayan yang membuat penempatan di atas bukit yang kini telah di ratakan dan sekarang dikenali sebagai Taman Bukit Katil.
Apa yang difahamkan selepas kemasukan pihak British ke Melaka pada waktu dulu, Solok Bukit Bayan merupakan salah satu solok di dalam kg Bukit Katil di mana terdapat beberapa solok yang lain, seperti Solok Teluk, Solok Tambak, Solok Balik Hutan (kini dikenali sebagai Solok Kampung Baru) dan Solok Sama Tahu. 

Soroton sejarah juga menunjukkan Bukit Bayan penghubung laluan kampung seperti jalan kereta lembu yang digunakan penduduk dari Duyong melalui Solok Tambak ke Bukit Bayan hinggalah ke Bukit Sama Tahu dan Solok Balik Hutan. Laluan tersebut telah menjadikan pembinaan Masjid Bukit Bayan. 

No comments:

Post a Comment