Kampung Bukit Bayan dibuka pada tahun 1848.
Nama Bukit Bayan
diambil dari sempena Burung Bayan yang
membuat penempatan di atas bukit yang kini telah di ratakan dan sekarang dikenali sebagai
Taman Bukit Katil.
Apa yang difahamkan selepas
kemasukan pihak British ke Melaka pada waktu dulu, Solok
Bukit Bayan merupakan salah satu solok di dalam kg Bukit Katil di mana terdapat beberapa solok yang lain, seperti Solok Teluk,
Solok Tambak, Solok Balik Hutan (kini dikenali sebagai Solok Kampung Baru) dan
Solok Sama Tahu. Soroton sejarah juga menunjukkan Bukit Bayan penghubung laluan kampung seperti jalan kereta lembu yang digunakan penduduk dari Duyong melalui Solok Tambak ke Bukit Bayan hinggalah ke Bukit Sama Tahu dan Solok Balik Hutan. Laluan tersebut telah menjadikan pembinaan Masjid Bukit Bayan.
No comments:
Post a Comment